INFAQ KE DANA i-MUSLEH

Pusat Pendidikan i-Musleh (PPiM) merupakan sebuah institusi yang menyediakan pendidikan Islam yang holistik di negeri Melaka sejak tahun 2011 bermula dengan menubuhkan Sekolah Rendah i-Musleh (Sejak 2011) dan kemudian Sekolah Menengah i-Musleh (SMiM) pada tahun 2023.


TAWARAN PUSAT PENDIDIKAN i-MUSLEH

  • Pendidikan Islam yang holistik
  • Ekosistem pendidikan yang membina dan mampu mengembangkan potensi pelajar
  • Pendidik dan staf sokongan yang terlatih dan berdedikasi
  • Kurikulum akademik KPM dan diniyah (agama) IKRAM-Musleh yang diiktiraf dan terbukti berkesan
  • Pendidikan berkualiti pada harga sederhana.


MENYEDIAKAN RUANG DAN FASILITI TERBAIK UNTUK PEMBELAJARAN



Kami kini beroperasi di premis sementara di lot kedai 24 unit di Kompleks Komersial Boulevard, Ayer Keroh (Peta). Kami bercita-cita mewujudkan sebuah premis kekal di atas tanah seluas 4-ekar di Bandar Hijau Hang Tuah Jaya, Melaka (Peta) yang telah dibeli hasil sumbangan orang ramai sebelum ini.


Premis baru ini akan merangkumi sebuah Sekolah Rendah (18 kelas), Sekolah Menengah (10 kelas), beberapa buah makmal sains, makmal komputer, dua perpustakaan, pusat inovasi, pejabat, bilik guru, dewan makan, surau dan padang gelanggang.

KENAPA KAMI PERLU PREMIS KEKAL?

1. Menyediakan ruang dan suasana yang lebih kondusif untuk mendidik.

2. Menyediakan fasiliti dan infrastruktur yang lengkap untuk pembelajaran.

3. Mampu menampung jumlah pelajar yang meningkat saban tahun.


Ayuh bersama kami dalam misi untuk menyediakan pendidikan terbaik kepada masyarakat

Untuk menjayakan impian ini, kami memerlukan bantuan anda. Kami ingin mengumpulkan RM20 juta untuk membiayai projek ini. Sebagai institusi pendidikan yang tidak berasaskan keuntungan, operasi dan pembangunan PPiM adalah dari yuran pelajar dan sumbangan orang ramai.

Sumbangan anda akan memberi impak yang besar dalam misi kami melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang Soleh Wa Musleh. Sumbangan kepada Dana i-Musleh ini akan digunakan untuk pengoperasian sekolah dan pembinaan Pusat Pendidikan i-Musleh.

2 cara anda boleh menyumbang:

1. Teruskan scroll di bawah untuk sumbangan secara atas talian (online)


 2.  Bantu sebarkan info Pusat Pendidikan i-Musleh kepada kenalan anda.

lngin maklumat lanjut?
Hubungi kami [Klik Sini]



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Infaq RM5
Infaq RM30
Infaq RM100
Infaq RM500
Infaq RM1,000
Infaq Terbuka
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN