
Pusat Pendidikan i-Musleh (PPiM) merupakan sebuah institusi yang menyediakan pendidikan Islam yang holistik di negeri Melaka sejak tahun 2011 bermula dengan menubuhkan Sekolah Rendah i-Musleh (Sejak 2011) dan kemudian Sekolah Menengah i-Musleh (SMiM) pada tahun 2023.
TAWARAN PUSAT PENDIDIKAN i-MUSLEH
- Pendidikan Islam yang holistik
- Ekosistem pendidikan yang membina dan mampu mengembangkan potensi pelajar
- Pendidik dan staf sokongan yang terlatih dan berdedikasi
- Kurikulum akademik KPM dan diniyah (agama) IKRAM-Musleh yang diiktiraf dan terbukti berkesan
- Pendidikan berkualiti pada harga sederhana.

MENYEDIAKAN RUANG DAN FASILITI TERBAIK UNTUK PEMBELAJARAN
Kami kini beroperasi di premis sementara di lot kedai 32 unit di Kompleks Komersial Boulevard, Ayer Keroh (Peta). Pusat Pendidikan i-Musleh berpindah ke Kompleks Perniagaan Boulevard pada tahun 2021 bagi mendapatkan premis yang lebih lengkap bagi membolehkan kelulusan pendaftaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Bermula dengan menyewa 16 unit bagi menampung 290 pelajar Sekolah Rendah i-Musleh. Setelah pertambahan pelajar melebihi 400 dan penubuhan Sekolah Menengah pada 2023, PPiM telah menyewa keseluruhan 32 unit Tingkat 1 dan 2 bahagian tengah Kompleks Perniagaan Boulevard.
Metacorp Properties Sdn Bhd (MPSB) sebagai pemilik bangunan telah dua kali memberi tawaran kepada PPiM untuk membeli 32 unit yang disewakan. Buat masa ini PPiM masih belum mampu untuk membeli dan MPSB telah membuka tawaran umum untuk unit-unit ini.
Usaha untuk memiliki bangunan ini sangat kritikal bagi memastikan kelestarian operasi Pusata Pendidikan i-Musleh.
KENAPA KAMI PERLU BELI BANGUNAN INI?
1. Memastikan kelestarian operasi dan pendidikan Pusat Pendidikan i-Musleh.
2. Bangunan memenuhi kehendak asas MPHT, JAIM dan KPM beroperasi sebagai sekolah rendah dan menengah.
3. Perbelanjaan besar telah dibelanjakan untuk proses pemindahan, urusan renovasi dan pematuhan undang-undang keselamatan dan pihak berkuasa untuk bangunan ini.
4. Lokasi yang strategik berdekatan MITC, Ayer Keroh.
GAMBAR BANGUNAN

Ayuh bersama kami dalam misi untuk menyediakan pendidikan terbaik kepada masyarakat
Untuk menjayakan impian ini, kami memerlukan bantuan anda. Kami ingin mengumpulkan RM5 juta untuk membiayai projek ini. Sebagai institusi pendidikan yang tidak berasaskan keuntungan, operasi dan pembangunan PPiM adalah dari yuran pelajar dan sumbangan orang ramai.
Sumbangan anda akan memberi impak yang besar dalam misi kami melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang Soleh Wa Musleh. Sumbangan kepada Dana i-Musleh ini akan digunakan untuk pengoperasian sekolah dan pembinaan Pusat Pendidikan i-Musleh.
3 cara anda boleh menyumbang:
1. Teruskan scroll di bawah untuk sumbangan secara atas talian (online)
2. Beri sumbangan melalui bank transfer/deposit ke ATM (offline)
Maybank Nama Akaun: PERTUBUHAN PENDIDIKAN I-MUSLEH Nombor Akaun: 554110551989 REF: infaqlot32
*Sebahagian daripada sumbangan anda (Maksima 5%) akan digunakan untuk tujuan pengurusan sekiranya diperlukan.